8 Tempat Menarik Di Kota Kinabalu yang wajib dikunjungi jika berpeluang datang ke Negeri Sabah Di Bawah Bayu…
Sebut sahaja Sabah pasti akan terbayang keindahan Gunung Kinabalu yang merupakan gunung ke-5 tertinggi di Asia Tenggara yang terletak di Banjaran Crocker dan menjadi tarikan pelancong di seluruh dunia. Keindahan alam yang terdapat di sekeliling, suasana yang sejuk dan telah dipelbagaikan dengan segala kemudahan rekreasi menjadikan Kundasang suatu destinasi yang cukup popular. Tetapi jangan hentikan imaginasi anda di situ sahaja, kerana sebenarnya terdapat banyak tarikan lain yang sangat mengujakan untuk dilawati di Kota Kinabalu. Sekurang-kurangnya anda wajib datang ke Kota Kinabalu menyaksikan dan merasakan sendiri keadaan Sabah yang unik dari segi budaya, makanan malahan bahasa. Semangat anda pasti berkobar-kobar untuk menjadikan Kota Kinabalu sebagai destinasi pilihan untuk percutian apabila sahaja anda membaca senarai tempat menarik di Kota Kinabalu ini.
Berikut adalah antara tempat-tempat yang menarik yang sempat admin web sewa kereta kota kinabalu nyatakan di sini. Berikut adalah:
1) Taman Tunku Abdul Rahman
Taman Tunku Abdul Rahman sebenarnya adalah nama yang diberikan untuk 5 buah pulau yang sangat popular dan tidak jauh daripada bandar Kota Kinabalu. Pulau-pulau itu adalah terdiri daripada Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan terakhir ialah Pulau Sulug. Taman marin ini telah diisytiharkan sebagai kawasan perlindungan hidupan liar oleh Kerajaan Malaysia. Untuk menuju ke pulau-pulau ini hanya mengambil masa beberapa minit dari Kota Kinabalu dengan menaiki bot dan Taman Tunku Abdul Rahman menawarkan lebih daripada 25 lokasi menarik untuk aktiviti menyelam skuba.
Team sewa kereta kota kinabalu sering memilih lokasi ini untuk dijadikan sebagai tempat istirehat pada waktu hujung minggu. Selain menyelam skuba antara aktiviti yang boleh dilakukan di kawasan-kawasan tarikan Taman Tunku Abdul Rahman adalah parasailing, snorkeling, berkayak, BBQ, menyelam skuba, merentas hutan dan banyak lagi aktiviti pantai yang lain. Terdapat pelbagai pakej pulau yang ditawarkan. Harga bermula serendah RM35 untuk dewasa untuk melawat satu pulau. Harga termasuk jaket dan snorkeling google. Tidak termasuk harga tax.
2) Pasar Filipina
Pasar Filipina merupakan destinasi untuk membeli kraftangan atau cenderahati seperti kerongsang, rantai dan gelang , mutiara, keychain, aksesori wanita. Mutiara yang dijual adalah daripada jenis air tawar dan air masin tetapi awas anda perlu membawa mereka yang tahu mengenai mutiara sebelum ke sini dan jangan lupa tawar menawar. Jika tidak anda mungkin terbeli mutiara tiruan dengan harga lebih tinggi dari Semenanjung. Selain itu, para pelanggan sewa kereta kota kinabalu juga boleh mencari cenderamata kecil lain seperti barangan buluh dan kayu untuk di bawa pulang.
Pasar Filipina ini juga merupakan tempat untuk membeli makanan laut atau barangan produk kering seperti ikan masin, udang kering dan sebagainya. Waktu malam pula kawasan ini terkenal dengan makanan laut yang segar dan murah.
3) Pantai Tg Aru
Terletak tidak jauh daripada Bandar Kota Kinabalu. Di sini anda akan dijamu dengan pemandangan matahari terbenam yang indah pada waktu senja, bermain di pantai yang luas dan juga melihat dengan jelas kapal terbang yang mendarat di Kota Kinabalu International Airport.
Pantai Tanjung Aru hanya terletak 6 KM dariada pusat bandar Kota Kinabalu menjadikannya salah satu pusat riadah bersama keluarga dan jauh daripada kesibukan kota. Waktu matahari mula terbenam adalah sekitar 5.30 petang dan jangan lupa membawa bersama kamera bagi merakamkan foto-foto menarik bersama keluarga dan orang tersayang. Antara tempat riadah bagi warga team sewa kereta kota kinabalu pada waktu cuti sekolah.
4) Gaya Street Sunday Market (Tamu Gaya Street)
Dibuka hanya pada waktu pagi hari Ahad sahaja. Pelbagai jenis produk tempatan seperti makanan, cenderahati dan sebagainya boleh diperolehi di sini. Cubalah merasainya dan jangan meninggalkan Kota Kinabalu jika tidak ke Pasar Gaya. Pasar ini merupanya salah satu pasar yang cukup popular yang terletak di tengah-tengah Bandar Kota Kinabalu.
Pelbagai jenis cenderamata terdapat di Pasar Gaya ini untuk dibawa pulang. T-Shirt, ukiran, keychain, sabun, barangan berasaskan laut & produk makanan sabahan yang sesuai dijadikan buah tangan kepada keluarga & sahabat handai. Cuma mencari kawasan letak kereta memang berpeluh juga sebab tempat letak kenderaan yang terhad. Tetapi ada satu hotel yang boleh dijadikan pilihan untuk parking kenderaan berdekatan dengan pasar ini iaitu Horizon Hotel. Bayaran parking dalam 1 jam setengah rm8-rm10. Satu ja petua jika anda ingin membeli-belah dengan tenang di pasar ini, datanglah sebelum pukul 8 pagi.
5) Signal Hill Observatory Platform
Signal Hill Observatory Platform merupakan puncak tertinggi bandar ini yang mempunyai tempat pemerhatian yang berbentuk seperti piring UFO. Umpama burung yang terbang tinggi apabila berada di sini kerana dapat melihat pemandangan luas sekitar bandar dengan sepuas hati. Untuk menuju ke sini, anda boleh mendaki hingga ke puncak bukit ataupun menaiki teksi. Waktu terbaik untuk menikmati pemandangan adalah pada ketika awal pagi ataupun pada ketika matahari terbenam. Tiada kata-kata yang mampu diungkapkan kerana anda perlu melihatnya dengan sendiri. Lokasinya hanya di pinggir bandar raya Kota Kinabalu.
6) Masjid Bandaraya / Masjid Terapung Likas
Masjid yang memiliki keluasan sebanyak 14.83 hektar dengan kemampuan untuk menampung sehingga 12,000 jemaah pada satu-satu masa, Masjid Bandaraya ataupun Masjid Terapung Likas adalah masjid kedua yang terpenting di bandar Kota Kinabalu. Masjid ini terletak di pesisir pantai Likas ini dan jika diamati, masjid ini memiliki reka bentuk Masjid Nabawi di Madinah. Jangan lepaskan peluang untuk solat di sini. Menurut krew sewa kereta kota kinabalu, terdapat juga lukisan-lukisan yang dijual di ruang luar masjid ini. Mungkin salah satunya dapat menarik perhatian anda
7) Bukit Kokol atau Kokol Hill
Bukit Kokol yang terletak 2,400 M dari aras laut merupakan lokasi menarik di mana anda akan dapat melihat keindahan gunung Kinabalu dan panaroma sunset yang tersangatlah awsome! Di sini anda akan dapat melihat pemandangan bandar raya Kota Kinabalu dan pulau-pulau di sekitarnya. Terletak lebih kurang 30 KM daripada Bandar Kota Kinabalu dan terdapat beberapa resort di sini yang membolehkan para pengunjung menikmati keindahan panorama senja Bandaraya Kota Kinabalu dan di sekelilingnya serta warna lautan yang keemasan, udaranya yang sejuk dan nyaman disebabkan Bukit Kokol terletak di kawasan tanah tinggi.
8) Tanjung Aru Perdana Park
Tanjung Aru Perdana Park di Tanjung Aru ini merupakan kawasan yang cukup selesa untuk anda khususnya bagi para pelanggan sewa kereta kota kinabalu yang mencari tempat berjogging yang selamat di Kota Kinabalu. Kawasannya yang bersih,dan moden sesuai untuk berjogging mahupun berlari atau cuma rehatkan diri dengan berjalan anak-anak sahaja. Terdapat juga tempat permainan untuk anda yang mempunyai anak-anak kecil. Bermula pukul 7 malam, terdapat persembahan air pancut berwarna warni yang bergerak dan bertukar warna mengikut irama lagu. Caj masuk ke kawasan ini hanya 50 sen sahaja. Menarik bukan!