Sekiranya anda datang ke Kota Kinabalu, atas tujuan melancong, berkursus atau bertugas di Kota Kinabalu sudah tentu anda akan melawat atau pergi ke tempat makan best atau tempat makan ohsem di Kota Kinabalu dan menikmati hidangan yang lazat atau sebagainya. Di sini, admin sewa kereta kota kinabalu akan senaraikan tempat makan best yang wajib anda pergi, antaranya:

1) Todak Waterfront Seafood Market / Gerai Makan Todak

Sabah memamg sinonim dengan makanan laut – fresh, murah & banyak pilihan. Todak Waterfront biasanya dibuka pada waktu malam dan lokasi tempat makan ini adalah sebaris dengan pasar Filipina, cuma perlu ke depan sikit.

Gerai-gerai makan dataran Todak ni terletak bersebelahan pasar besar basah Kota Kinabalu di sebelah kanan dan anjung Todak tu dikirinya berhadapan Hyatt Hotel. Insyaallah jumpa & tidak sesat.

Kebanyakan hidangan di sini disediakan di dalam kuantiti yang banyak, cuba order dulu dua atau tiga hidangan. Pilihlah makanan laut yang segar seperti ikan, ketam, sotong dan sebagainya. Mintalah mereka masak seperti apa yg kita nak. Pilih juga sayur apa yang ada untuk menambah hidangan. Hidangan panas2, tempat pun boleh tahan panas juga sebab lokasi tempat makan ini tak berangin dan duduk beratap kanvas. Kerusi meja pun rapat-rapat. Meriah sebab ramai orang. Rasanya memang padu juga.

10 Tempat Makan Ohsem Menarik Di Kota Kinabalu 1

 

2) Kampung Nelayan Floating Seafood Market Restaurant

Pilihan lain jika ingin merasa makanan seafood di Sabah adalah di Restoran Kampung Nelayan.

Terletak di Taman Tun Fuad, Bukit Padang, P.O Box 23004, 88790 Luyang dan beroperasi pada setiap hari (7.30am – 2pm, 6.30pm – 11pm). Restoran ini mengambil rekabentuk Minangkabau dan terletak di atas Tasik Taman Botani.

Suasananya agak eksklusif dan Restoran Kampung Nelayan ini juga merupakan satu-satunya restoran yang mempersembahkan tarian tradisional pada setiap malam bermula jam 7.45 malam sehingga 8.45 malam. Pelbagai menu menu yang boleh dipilih terdiri daripada ala-carte, sup, nasi dan mee, daging, dan pencuci mulut. Harga agak mahal namun jika ingin menikmati makanan seafood dengan suasana berbeza ini adalah tempat yang sesuai. Merupakan antara tempat fevret krew-krew sewa kereta kota kinabalu bersama rakan niaga yang lain.

  10 Tempat Makan Ohsem Menarik Di Kota Kinabalu 2

 

3) Gayang Seafood Restaurant

Terdapat satu lagi tempat makan bagi anda minat dengan makanan laut. Restoran Gayang Seafood adalah antara tempat yang menjanjikan makanan seafood yang sangat fresh, saiz yang besar dengan harga yang lebih murah. Restoran Gayang Seafood terletak di Tuaran Sabah.

Waktu paling sesuai untuk dikunjungi adalah pada waktu petang / malam selepas mengunjungi Kundasang dan ingin kembali semula ke Kota Kinabalu. Menjamu selera bersama keluarga tersayang sudah pasti mengujakan apatah lagi apabila melihat makanan yang dihidangkan adalah fresh2 belaka. Pelbagai jenis makanan laut dengan harga yang lebih murah berbanding di Semenanjung Malaysia terdapat di restoran ini. Selalu admin membawa staf-staf sewa kereta kota kinabalu datang dan menikmati makanan di sini. Menariknya, semua makanan lautnya masih segar. dan memang akan puas hati bila makan. Restoran Gayang Seafood merupakan salah sebuah restoran makanan laut yang popular di Tuaran.

Jarak perjalanan hanya 28km sahaja dari Bandar Kota Kinabalu. Makanan laut boleh dinikmati sepuas-puasnya di sini.

10 Tempat Makan Ohsem Menarik Di Kota Kinabalu 3

 

4) Restoran Masakan Sedap

Restoran ini kalau dilihat seperti diusahakan oleh kalangan bukan Islam akan tetapi restoran makanan laut ini telah mendapat sijil halal dari JAKIM. Jadi, jangan ragu-ragu untuk datang ke sini.

Antara tempat makan yang best di Kota Kinabalu.

Oleh itu, anda akan dapat melihat terdapat ramai orang Islam turut serta menjamu selera di restoran ini. Semua makanan laut dekat sini masih hidup dan boleh di pilih sendiri. Ikan, ketam, udang dan macam2 lagi semua ada. Sama seperti Restoran Gayang Seafood, pelbagai jenis makanan laut dan jenis masakannya boleh dipilih. Antara menu yang menjadi kegemaran adalah Siput Tarik, Soft Shell Crab, Honey Lamb, Ikan Kukus, Claypot Fish Head dan banyak lagi. Walaupun agak mahal tetapi kualiti menu masakan setaraf dengan hidangan hotel 5 bintang!

Beralamat di No. 1-0-1, Block B, Lot 20, Kolam Centre Fasa 2, Jalan Lintas, 88300 Kota Kinabalu dan waktu operasinya adalah setiap hari (12am – 12pm, 5pm – 12am).

10 Tempat Makan Ohsem Menarik Di Kota Kinabalu 4

 

5) Steamboat Bakar Kota Kinabalu

Restoran steamboat ini digemari ramai di Kota Kinabalu. Terdapat banyak pilihan daging dan makanan laut di sini. Semuanya segar dan harganya juga berbaloi. Jika datang beramai-ramai dengan rakan-rakan mahupun keluarga memang sangat sesuai.

Makanan sedap, restoran bersih, harga memuaskan, lokasi strategik menjadikannya restoran yang sentiasa menjadi pilihan pelanggan-pelanggan sewa kereta kota kinabalu apabila ingin menikmati masakan yang segar & sedap.

Restoran ini turut menyediakan ais-krim, laksa dan cendol sebagai pencuci mulut. Surau turut disediakan oleh pemilk restoran bagi pengunjung yang ingin menunaikan solat. Beralamat di Taman Mat Salleh Phase 2, 88200 Kota Kinabalu dan waktu operasi adalah setiap hari (530pm – 11pm).

10 Tempat Makan Ohsem Menarik Di Kota Kinabalu 5

 

6) Mashawi Grill’s Nasi Arab

Merupakan antara restoran kegemaran crew sewa kereta kota kinabalu dan rakan niaganya. Bagi mereka yang meminati masakan Arab, restoran ini adalah sesuai untuk anda. Terletaknya bersebelahan dengan Hotel Tang Dynasty Bay di Sepanggar dan mempunyai cawangan baru di Sembulan bersebelah dengan Restoran Sutera Bayu. Makanannya sedap, dihidangkan panas, kurang berminyak dan dalam kuantiti yang banyak.

Sepertimana menu di restoran-restoran di Malaysia, menu yang menyelerakan adalah seperti  mandi chicken / lamb, kabsah, kebab, pizza dan sebagainya. Menu yang patut dicuba adalah chicken mashwi, lamb pizza dan jangan lupa cuba Arabic Blossom Tea. Mashawi’s Grill merupakan satu-satunya restoran makanan Arab di Sabah, mempunyai hiasan sederhana, suasana santai dan sangat sesuai untuk makan bersama keluarga.

Beralamat di Bandar Sepanggar 1, 88400 Kota Kinabalu. Manakala cawangannya terletak di Sembulan (bersebelahan dengan Restoran Sutera Bayu). Waktu operasi Khamis – Selasa (11am – 1030pm), dan ditutup pada hari Rabu.

10 Tempat Makan Ohsem Menarik Di Kota Kinabalu 6

 

7) Salut Di Jalan Tuaran

Apabila tiba ke kawasan ini deretan gerai-gerai pondok kayu tepi jalan nampak usang namun ada yang best di sini.  Siapa yang pernah ke sini pasti akan mencuba lokan bakar, puding kelapa & air kelapa bakar. Tiada kawasan tempat letak kereta yang khusus dan pemandu perlu berhati2 meletak kereta mereka berhampiran kereta yang lain di tepian jalan tersebut. Sering krew sewa kereta kota kinabalu datang ke sini menikmati hidangan sederhana sambil merehatkan minda. Gerai-gerai di sini saling berhadapan dan berdekatan.

Hampir semua gerai menjual makanan yang sama. Lokan bakar, kelapa bakar dan puding kelapa, namun ada juga yang menyediakan makanan lain seperti nasi goreng, mee goreng dan sebagainya. Mana yang ramai pelanggan biasanya kedai itu lah yang sedap masakannya & mempunyai servis layanan yang baik. Akan tetapi terpulang dengan citarasa masing-masing. Tetapi kalau setakat nak makan lokan bakar, kelapa muda, kelapa bakar dan puding kelapa mana-mana gerai biasanya akan rasa sama saja.

10 Tempat Makan Ohsem Menarik Di Kota Kinabalu 7

 

8) Restoran Thien Thien (HALAL)

Terletak di Jalan Pantai, Kota Kinabalu berhampiran Horizon Hotel dan mengambil masa 5 minit ke tamu mingguan Gaya Street.

Restoran ini mampu menarik ramai pelanggan kerana masakannya yang sedap & harga yang berpatutan dan merupakan antara tempat makan halal di Kota Kinabalu.

Menu yang terkenal adalah Nasi Ayam dengan 2 pilihan sama ada mahu ayam roasted atau steamed. Selain itu daging masak halia, fish fillet masak sweet sour, yam basket, sup dan sayur sangatlah sedap. memang terbaik & tak salah mencuba.  Selain di bandar Kota Kinabalu, terdapat juga cawangan Restoran Thien Thien di Putatan. Lebih kurang 10 minit sahaja jarak perjalanan dari Kota Kinabalu International Airport.

10 Tempat Makan Ohsem Menarik Di Kota Kinabalu 8

 

9) Grace Point, Sembulan

Siapa yang tidak rambang mata bila datang ke tempat yang dapat memberikan pelbagai pilihan menu masakan pada harga yang sangat berpatutan. Nak masakan yang mana? Sabahan, seafood, India, Chinese Style, Korean, Arab semuanya ada di Grace Point Sembulan. Grace Point Sembulan mempunyai kawasan untuk berjoging dan bersenam. Sangat bersih dengan dihiasi banyak pokok serta mempunyai monumen Double Six Memorial yang mempunyai sejarah di sebaliknya.

Menurut salah seorang pelanggan sewa kereta kota kinabalu berkata lokasi ini sebenarnya merupakan kawasan taman peringatan yang dibina khas untuk memperingati satu peristiwa malang. Ada pelbagai teori berkenaan peristiwa kemalangan tersebut dan sehingga sekarang ianya masih kekal menjadi misteri.

Apabila ke sini antara menu menarik yang boleh dicuba adalah seperti Nasi Ayam Penyek, Mee Goreng Mamak, Set Ayam Berempah atau Salmon Dumplings.  Harga makanan sangat berpatutan cuma harga minuman agak sedikit mahal.

10 Tempat Makan Ohsem Menarik Di Kota Kinabalu 9

 

10) Kantin Bakut @ Kg. Bakut, Tuaran

Kantin Bakut merupakan tempat makan yang agak terpencil 20 KM ke Utara daripada Kota Kinabalu namun terkenal dan menjadi tempat makan menarik di Kota Kinabalu disebabkan keenakan menu masakan yang disediakan di kantin ini.

Sesiapa yang menuju ke Kundasang pasti akan melalui area kantin ini iaitu bersebelahan dengan Stesen Minyak Petronas di Kg. Bakut Jalan Tuaran. Pelbagai aneka masakan mee & menu yang wajib dicuba apabila berkunjung ke kantin ini ialah Tom Yam.

10 Tempat Makan Ohsem Menarik Di Kota Kinabalu 10