Kota Kinabalu

Kota Kinabalu atau lebih dikenali sebagai “KK”, merupakan bandar keenam dirasmikan bagi Malaysia di timur pada tahun 2000, memerlukan kira-kira 3 jam penerbangan dari Kuala Lumpur. Dahulunya dikenali sebagai Jesselton, ialah ibu negeri Sabah yang terletak di Malaysia Timur. Ia juga merupakan pusat pemerintahan bagi Pantai Barat negeri Sabah. Bandar ini terletak di pantai barat laut Borneo menghadap Laut China SelatanGunung Kinabalu, yang memberikan bandar ini namanya, berada berdekatan KK, sementara Taman Tunku Abdul Rahman, kawasan perlindungan kehidupan liar, terletak di sini. Sehingga tahun 2010, Kota Kinabalu mempunyai kira-kira 452,058 orang penduduk manakala kawasan daerah Penampang yang juga meliputi kawasan bandar ini mempunyai kira-kira 176,667 orang. Jika dijumlahkan, jumlah populasi metro adalah 628,725. Kota Kinabalu juga merupakan bandaraya ke sepuluh terbesar di Malaysia.

Bandar ini juga merupakan destinasi pelancongan utama dan pintu masuk yang popular bagi pelancong yang melawat Sabah dan juga Borneo. Taman Negara Kinabalu terletak kira-kira 90 kilometer dari bandar ini dan terdapat banyak kawasan tarikan pelancong di sekitar kawasan ini. Kota Kinabalu juga merupakan salah satu daripada pusat perindustrian dan komersial utama di Malaysia Timur. Kedua-dua faktor ini menjadikan Kota Kinabalu sebagai salah sebuah bandar yang paling pesat berkembang di Malaysia.

Kota Kinabalu merupakan bandar keenam dirasmikan bagi Malaysia di timur pada tahun 2000 dan memerlukan kira-kira 3 jam penerbangan dari Kuala Lumpur. Yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton ialah ibu negeri Sabah yang terletak di Malaysia Timur. Ia juga merupakan pusat pemerintahan bagi Pantai Barat negeri Sabah. Bandar ini terletak di pantai barat laut Borneo menghadap Laut China SelatanGunung Kinabalu, yang memberikan bandar ini namanya, berada berdekatan KK, sementara Taman Tunku Abdul Rahman, kawasan perlindungan kehidupan liar, terletak di sini. Sehingga tahun 2010, Kota Kinabalu mempunyai kira-kira 452,058 orang penduduk manakala kawasan daerah Penampang yang juga meliputi kawasan bandar ini mempunyai kira-kira 176,667 orang. Jika dijumlahkan, jumlah populasi metro adalah 628,725. Kota Kinabalu juga merupakan bandaraya ke sepuluh terbesar di Malaysia.